Ahmad Idham Kesal Dengan Kenyataan Khairy Jamaluddin Di Twitter

Ismail Saad
March 5, 2018

Ahmad Idham Kesal Dengan Kenyataan Khairy Jamaluddin Di Twitter

Kalau sebelum nie, pengarah filem yang terkenal, Ahmad Idham dikecam hebat apabila Filem Hantu Bonceng didakwa menghina Islam. Tapi Gosip Ahmad Idham kali nie berbeza pulak, apabila berkecil hati kononnya dengan kenyataan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin di Twitter.

Khairy memberi pandangan ikhlas beliau mengenai filem Bunohan selepas sahaja menyaksian Tayangan Perdana Filem Bunohan melalui laman sosial Twitter beliau yang memuji filem Bunohan adalah yang terbaik antara filem ber’genre seram termasuklah Filem Hantu Bonceng terkena tempiasnya. 

“Saya sebenarnya tergamam apabila dia (Khairy Jamaluddin) membandingkan filem arahan saya itu dengan Bunohan — seolah olah memperlekehkan Hantu Bonceng dan tenaga kerja juga mereka yang meminati filem ini,” ujar Ahmad Idham yang kini sibuk dengan persiapan teater Gerimis Mengundang.

“Kalau kenyataan itu keluar dari orang kebanyakkan, saya tiada masalah tetapi ini keluar dari seorang pemimpin — adakah penilaian saya selama ini terhadap beliau salah — dan kenyataan sebegini boleh melagakan saya dengan produksi filem Bunohan,” tambah beliau lagi.

Ahmad Idham berkata lagi yang beliau harus ke’hadapan dalam isu ini untuk memberikan fakta sebenar kepada Khairy Jamaluddin yang tidak semua rakyat Malaysia mempunyai selera sama seperti beliau. – petikan dari blog RotiKaya

Kredit Gambar Tanpa Prejudis! RotiKaya

GOSIP MEOW! Walaupun dia nie Ahli Politik, tak’kan tak boleh bagi pandangan ikhlas kot? Hehehe… Secara tak langsung Ahmad Idham membantu mempromosi Filem Bunohan yang bakal ditayangkan pada 8hb Mac ini… Ahaks!