Tengku Azura Pelakon Wanita Dalam Filem Bunohan

Ismail Saad
May 12, 2019

Tengku Azura Pelakon Wanita Dalam Filem Bunohan

Siapa Tengku Azura nie?? Yeah, Tengku Azura artis baru yang baru menceburi dalam dunia hiburan nie. Azura akan beraksi dalam filem yang dinanti-nanti ramai iaitu filem Bunohan yang akan ditayangkan pada 8 Mac ini. Menurut sumber yang lain, Azura adalah satu-satunya pelakon wanita di dalam filem Bunohan ini. Biar Betul?

Tengku Azura juga turut berlakon dalam filem Dukun yang juga merupakan filem arahan Dain Said, rakan kepada Tengku Azura sendiri. Azura juga ada mendedahkan di dalam media, yang Azura hanya berlakon di dalam filem arahan Dain Said sahaja.

Jadi, pengarah atau penerbit lain memang tiada peluanglah untuk mengambil Azura yang seksi nie untuk beraksi di dalam filem mereka. Lepas nie mula ler Gosip Panas dan Gosip Liar yang akan melabelkan Azura nie berlagak Diva dan sombong? 

“Bukannya mahu berlagak Diva atau sombong, tetapi saya akan hanya berlakon jika ia datangnya daripada Dain. Harap-harap pihak lain tidak salah anggap tentang pendirian ini,” – Tengku Azura

Babak Tengku Azura di dalam Bunohan

Oooohhh, bukannya sombong atau berlagak Diva, baguslah Azura ada alasan tersendiri. Okay, jangn lupa saksikan Tengku Azura di dalam filem Bunohan dan Dukun di pawagam nanti yew!

GOSIP MEOW! Tengku Azura nie walaupun usia dah mencecah 37 tahun tapi masih mengancam jugak… Ngeh ngeh ngeh…

Majlis Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU

Ismail Saad
February 24, 2019

Majlis Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU

Lisa Surihani dan Yusry KRU selamat diijabkabulkan semalam di Marriott Putrajaya, dan telah disiarkan live di Astro Awani. Majlis Akad Nikah pasangan artis popular nie berlangsung dengan sekali lafaz sahaja dan Lisa menjadi isteri yang sah kepada Yusry KRU.

Majlis Pernikahan dua mempelai ini dimulakan dengan upacara berbalas pantun sebelum pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa, dengan berwalikan abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed.

Jom kita lihat koleksi gambar dan video Majlis Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry yang penuh gilang gemilang… 

Pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran berupa kek, manisan kristal, tepak sirih, mas kahwin, sebentuk cincin, cek dan kelengkapan sembahyang. Manakala pengantin perempuan telah membalas dengan sembilan dulang hantaran berupa cincin, kek, coklat, koleksi CD The Beatles, ‘keyboard’, sepersalinan lelaki jenama Zegna, kelengkapan sembahyang, bunga rampai dan sirih junjung.

Dalam Majlis yang penuh gilang-gemilang nie wang hantaran dirahsiakan dan Lisa telah menerima sebentuk cincin dan seutas rantai leher platinum manakala Yusry menerima sebentuk cincin tanda kasih dari Lisa.

Kredit Tanpa Prejudis! Blog BlissCandid | FB BlissCandid

Hantaran pengantin lelaki
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Mas Kahwin ( seutas rantai platinum)
4) Wang Hantaran (jumlahnya dirahsiakan)
5) Kelengkapan Solat
6) Manisan Kristal
7) Kek berperisa vanilla

Hantaran pengantin perempuan
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Kelengkapan Solat
4) Koleksi Cakera Padat Kumpulan The Beatles
5) Alat muzik Keyboard (dipersembahan dalam bentuk bingkai gambar)
6) Kelengkapan pakaian lelaki
7) Coklat
8) Bunga rampai

Anak Bienda, Lavienda Namiraz Yang Comel

Ismail Saad
April 20, 2018

Anak Bienda, Lavienda Namiraz Yang Comel

Penyanyi Bienda telah selamat melahirkan seorang puteri pada 26 Februari lalu tapi belum mendedahkan gambar anaknya yang comel ini. Bienda hanya memaklumkan nama cahaya matanya Lavienda Namiraz yang diilham daripada sebuah telenovela.

Bienda yang juga anak kepada penyanyi dangdut Sheeda selamat melahirkan bayi seberat 2.95 kilogram itu menerusi pembedahan di sebuah hospital swasta pada 26 Februari lalu. Memang comel Gambar Anak Bienda nie kan? Semoga kehadiran Lavienda Namiraz dalam hidup keluarga Bienda bertambah ceria yew!

Fasha Sandha Umum Tarikh Kahwin Tahun Ini

Ismail Saad
March 6, 2018

Fasha Sandha Umum Tarikh Kahwin Tahun Ini

Wah! Fasha Sandha nak kahwin dah! Tahniah Fasha yang bakal melangsungkan dengan bakal suaminya, Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Fasha mengaku sendiri dengan tersebarnya gambar-gambar beliau mencari pakaian untuk pengantin dan gambar menghadiri kursus perkahwinan bersama Jejai.

KUALA LUMPUR 10 MAC 2019. Pelakon, Fasha Sandha dan Aidil Aziz pada sesi ujibakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 di Sri Pentas, Bandar Utama. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” – Fasha Sandha.

Fasha juga mendedahkan tarikh perkahwinan beliau dengan Jejai yang bakal berlangsung dalam tahun ini jugak tapi tidak memberi tarikh yang tepat kepada phak media.

Kita tunggu jer’lah pengumuman Tarikh Perkahwinan Fasha Sandha dengan Jejai nie nanti…