Majlis Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU

Ismail Saad
February 24, 2019

Majlis Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU

Lisa Surihani dan Yusry KRU selamat diijabkabulkan semalam di Marriott Putrajaya, dan telah disiarkan live di Astro Awani. Majlis Akad Nikah pasangan artis popular nie berlangsung dengan sekali lafaz sahaja dan Lisa menjadi isteri yang sah kepada Yusry KRU.

Majlis Pernikahan dua mempelai ini dimulakan dengan upacara berbalas pantun sebelum pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa, dengan berwalikan abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed.

Jom kita lihat koleksi gambar dan video Majlis Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry yang penuh gilang gemilang… 

Pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran berupa kek, manisan kristal, tepak sirih, mas kahwin, sebentuk cincin, cek dan kelengkapan sembahyang. Manakala pengantin perempuan telah membalas dengan sembilan dulang hantaran berupa cincin, kek, coklat, koleksi CD The Beatles, ‘keyboard’, sepersalinan lelaki jenama Zegna, kelengkapan sembahyang, bunga rampai dan sirih junjung.

Dalam Majlis yang penuh gilang-gemilang nie wang hantaran dirahsiakan dan Lisa telah menerima sebentuk cincin dan seutas rantai leher platinum manakala Yusry menerima sebentuk cincin tanda kasih dari Lisa.

Kredit Tanpa Prejudis! Blog BlissCandid | FB BlissCandid

Hantaran pengantin lelaki
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Mas Kahwin ( seutas rantai platinum)
4) Wang Hantaran (jumlahnya dirahsiakan)
5) Kelengkapan Solat
6) Manisan Kristal
7) Kek berperisa vanilla

Hantaran pengantin perempuan
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Kelengkapan Solat
4) Koleksi Cakera Padat Kumpulan The Beatles
5) Alat muzik Keyboard (dipersembahan dalam bentuk bingkai gambar)
6) Kelengkapan pakaian lelaki
7) Coklat
8) Bunga rampai