Tengku Azura Pelakon Wanita Dalam Filem Bunohan

Ismail Saad
May 12, 2019

Tengku Azura Pelakon Wanita Dalam Filem Bunohan

Siapa Tengku Azura nie?? Yeah, Tengku Azura artis baru yang baru menceburi dalam dunia hiburan nie. Azura akan beraksi dalam filem yang dinanti-nanti ramai iaitu filem Bunohan yang akan ditayangkan pada 8 Mac ini. Menurut sumber yang lain, Azura adalah satu-satunya pelakon wanita di dalam filem Bunohan ini. Biar Betul?

Tengku Azura juga turut berlakon dalam filem Dukun yang juga merupakan filem arahan Dain Said, rakan kepada Tengku Azura sendiri. Azura juga ada mendedahkan di dalam media, yang Azura hanya berlakon di dalam filem arahan Dain Said sahaja.

Jadi, pengarah atau penerbit lain memang tiada peluanglah untuk mengambil Azura yang seksi nie untuk beraksi di dalam filem mereka. Lepas nie mula ler Gosip Panas dan Gosip Liar yang akan melabelkan Azura nie berlagak Diva dan sombong? 

“Bukannya mahu berlagak Diva atau sombong, tetapi saya akan hanya berlakon jika ia datangnya daripada Dain. Harap-harap pihak lain tidak salah anggap tentang pendirian ini,” – Tengku Azura

Babak Tengku Azura di dalam Bunohan

Oooohhh, bukannya sombong atau berlagak Diva, baguslah Azura ada alasan tersendiri. Okay, jangn lupa saksikan Tengku Azura di dalam filem Bunohan dan Dukun di pawagam nanti yew!

GOSIP MEOW! Tengku Azura nie walaupun usia dah mencecah 37 tahun tapi masih mengancam jugak… Ngeh ngeh ngeh…