Tengku Azura Pelakon Wanita Dalam Filem Bunohan

Ismail Saad
May 12, 2019

Tengku Azura Pelakon Wanita Dalam Filem Bunohan

Siapa Tengku Azura nie?? Yeah, Tengku Azura artis baru yang baru menceburi dalam dunia hiburan nie. Azura akan beraksi dalam filem yang dinanti-nanti ramai iaitu filem Bunohan yang akan ditayangkan pada 8 Mac ini. Menurut sumber yang lain, Azura adalah satu-satunya pelakon wanita di dalam filem Bunohan ini. Biar Betul?

Tengku Azura juga turut berlakon dalam filem Dukun yang juga merupakan filem arahan Dain Said, rakan kepada Tengku Azura sendiri. Azura juga ada mendedahkan di dalam media, yang Azura hanya berlakon di dalam filem arahan Dain Said sahaja.

Jadi, pengarah atau penerbit lain memang tiada peluanglah untuk mengambil Azura yang seksi nie untuk beraksi di dalam filem mereka. Lepas nie mula ler Gosip Panas dan Gosip Liar yang akan melabelkan Azura nie berlagak Diva dan sombong? 

“Bukannya mahu berlagak Diva atau sombong, tetapi saya akan hanya berlakon jika ia datangnya daripada Dain. Harap-harap pihak lain tidak salah anggap tentang pendirian ini,” – Tengku Azura

Babak Tengku Azura di dalam Bunohan

Oooohhh, bukannya sombong atau berlagak Diva, baguslah Azura ada alasan tersendiri. Okay, jangn lupa saksikan Tengku Azura di dalam filem Bunohan dan Dukun di pawagam nanti yew!

GOSIP MEOW! Tengku Azura nie walaupun usia dah mencecah 37 tahun tapi masih mengancam jugak… Ngeh ngeh ngeh…

Fasha Sandha Umum Tarikh Kahwin Tahun Ini

Ismail Saad
March 6, 2018

Fasha Sandha Umum Tarikh Kahwin Tahun Ini

Wah! Fasha Sandha nak kahwin dah! Tahniah Fasha yang bakal melangsungkan dengan bakal suaminya, Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Fasha mengaku sendiri dengan tersebarnya gambar-gambar beliau mencari pakaian untuk pengantin dan gambar menghadiri kursus perkahwinan bersama Jejai.

KUALA LUMPUR 10 MAC 2019. Pelakon, Fasha Sandha dan Aidil Aziz pada sesi ujibakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 di Sri Pentas, Bandar Utama. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” – Fasha Sandha.

Fasha juga mendedahkan tarikh perkahwinan beliau dengan Jejai yang bakal berlangsung dalam tahun ini jugak tapi tidak memberi tarikh yang tepat kepada phak media.

Kita tunggu jer’lah pengumuman Tarikh Perkahwinan Fasha Sandha dengan Jejai nie nanti…

Ahmad Idham Kesal Dengan Kenyataan Khairy Jamaluddin Di Twitter

Ismail Saad
March 5, 2018

Ahmad Idham Kesal Dengan Kenyataan Khairy Jamaluddin Di Twitter

Kalau sebelum nie, pengarah filem yang terkenal, Ahmad Idham dikecam hebat apabila Filem Hantu Bonceng didakwa menghina Islam. Tapi Gosip Ahmad Idham kali nie berbeza pulak, apabila berkecil hati kononnya dengan kenyataan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin di Twitter.

Khairy memberi pandangan ikhlas beliau mengenai filem Bunohan selepas sahaja menyaksian Tayangan Perdana Filem Bunohan melalui laman sosial Twitter beliau yang memuji filem Bunohan adalah yang terbaik antara filem ber’genre seram termasuklah Filem Hantu Bonceng terkena tempiasnya. 

“Saya sebenarnya tergamam apabila dia (Khairy Jamaluddin) membandingkan filem arahan saya itu dengan Bunohan — seolah olah memperlekehkan Hantu Bonceng dan tenaga kerja juga mereka yang meminati filem ini,” ujar Ahmad Idham yang kini sibuk dengan persiapan teater Gerimis Mengundang.

“Kalau kenyataan itu keluar dari orang kebanyakkan, saya tiada masalah tetapi ini keluar dari seorang pemimpin — adakah penilaian saya selama ini terhadap beliau salah — dan kenyataan sebegini boleh melagakan saya dengan produksi filem Bunohan,” tambah beliau lagi.

Ahmad Idham berkata lagi yang beliau harus ke’hadapan dalam isu ini untuk memberikan fakta sebenar kepada Khairy Jamaluddin yang tidak semua rakyat Malaysia mempunyai selera sama seperti beliau. – petikan dari blog RotiKaya

Kredit Gambar Tanpa Prejudis! RotiKaya

GOSIP MEOW! Walaupun dia nie Ahli Politik, tak’kan tak boleh bagi pandangan ikhlas kot? Hehehe… Secara tak langsung Ahmad Idham membantu mempromosi Filem Bunohan yang bakal ditayangkan pada 8hb Mac ini… Ahaks!