Afgan – Cinta Dua Hati

Ismail Saad
February 27, 2020

Afgan – Cinta Dua Hati

tak ku sangka dirimu hadir di hidupku
menyapaku dengan sentuhan kasihmu

[*]
ku sesali cerita yang kini terjadi
mengapa disaat ku telah berdua

[**]
maafkan bila cintaku
tak mungkin ku persembahkan seutuhnya
maaf bila kau terluka
karena ku jatuh di dua hati

back to [*]

back to [**] 2x

maafkan bila cintaku
tak mungkin ku persembahkan seutuhnya padamu
maaf bila kau terluka
karena ku jatuh
karena ku jatuh di dua hati

Padi – Terbakar Cemburu

Ismail Saad
January 7, 2020

Single terbaru PADI untuk tahun 2010. Katanya diorang kluarkan satu single setiap 3 bulan untuk tahun ni. Ujung tahun la baru siap full album. pape pun, layanz.

Aku terbakar cemburu
cemburu buta
tak bisa ku padamkan amarah dihatiku
sakit menahan sakit hati
menyimpan perih
tak bisa ku terima apa yang ku alami

Ibaratnya jantung hati
tersayat oedang tajam
betapa sakitnya
ku rasakan itu

Dan kini aku tahu ku sangat
begitu dalamnya aku sungguh mencintaimu
mungkin selama ini ku salah
tak pernah pedulikanmu setulusnya hatiku

Ku akui ternyata
sakitnya membakar hati
sudah membuatmu pergi
kini hanya tinggalkan luka

Begitu dalamnya aku sungguh mencintaimu
mungkin selama ini aku salah
tak pernah pedulikanmu setulusnya hatiku

Mungkin selama ini ku salah

Tiz Zaqyah Tampil Sebagai Cover Majalah Remaja

Ismail Saad
August 12, 2019

Tiz Zaqyah Tampil Sebagai Cover Majalah Remaja

Kalau bulan lepas, Lisa Surihani telah menjadi penghias untuk Majalah Remaja, untuk Majalah Remaja keluaran bulan Mac pula, giliran artis yang hangat sekarang dan filem lakonannya Cinta Kura-Kura masih ditayangkan di pawagam sekarang.

Siapa lagi, kalau bukan Tiz Zaqyah yang juga dikatakan baru putus cinta dengan Remy Ishak. Nampak memang menawan hati apabila tengok Tiz Zaqyah kat Majalah Remaja keluaran Mac nie.

Dalam Majalah Remaja nie jugak, Tiz Zaqyah meluahkan perasaannya melalui kreativiti lukisannya. Sama-sama kita dapatkan Majalah Remaja Keluaran Mac 2012 nie yew!

Siapalah pengganti Remy Ishak tu ye… Hehehehe….

Tengku Azura Pelakon Wanita Dalam Filem Bunohan

Ismail Saad
May 12, 2019

Tengku Azura Pelakon Wanita Dalam Filem Bunohan

Siapa Tengku Azura nie?? Yeah, Tengku Azura artis baru yang baru menceburi dalam dunia hiburan nie. Azura akan beraksi dalam filem yang dinanti-nanti ramai iaitu filem Bunohan yang akan ditayangkan pada 8 Mac ini. Menurut sumber yang lain, Azura adalah satu-satunya pelakon wanita di dalam filem Bunohan ini. Biar Betul?

Tengku Azura juga turut berlakon dalam filem Dukun yang juga merupakan filem arahan Dain Said, rakan kepada Tengku Azura sendiri. Azura juga ada mendedahkan di dalam media, yang Azura hanya berlakon di dalam filem arahan Dain Said sahaja.

Jadi, pengarah atau penerbit lain memang tiada peluanglah untuk mengambil Azura yang seksi nie untuk beraksi di dalam filem mereka. Lepas nie mula ler Gosip Panas dan Gosip Liar yang akan melabelkan Azura nie berlagak Diva dan sombong? 

“Bukannya mahu berlagak Diva atau sombong, tetapi saya akan hanya berlakon jika ia datangnya daripada Dain. Harap-harap pihak lain tidak salah anggap tentang pendirian ini,” – Tengku Azura

Babak Tengku Azura di dalam Bunohan

Oooohhh, bukannya sombong atau berlagak Diva, baguslah Azura ada alasan tersendiri. Okay, jangn lupa saksikan Tengku Azura di dalam filem Bunohan dan Dukun di pawagam nanti yew!

GOSIP MEOW! Tengku Azura nie walaupun usia dah mencecah 37 tahun tapi masih mengancam jugak… Ngeh ngeh ngeh…

Majlis Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU

Ismail Saad
February 24, 2019

Majlis Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU

Lisa Surihani dan Yusry KRU selamat diijabkabulkan semalam di Marriott Putrajaya, dan telah disiarkan live di Astro Awani. Majlis Akad Nikah pasangan artis popular nie berlangsung dengan sekali lafaz sahaja dan Lisa menjadi isteri yang sah kepada Yusry KRU.

Majlis Pernikahan dua mempelai ini dimulakan dengan upacara berbalas pantun sebelum pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa, dengan berwalikan abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed.

Jom kita lihat koleksi gambar dan video Majlis Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry yang penuh gilang gemilang… 

Pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran berupa kek, manisan kristal, tepak sirih, mas kahwin, sebentuk cincin, cek dan kelengkapan sembahyang. Manakala pengantin perempuan telah membalas dengan sembilan dulang hantaran berupa cincin, kek, coklat, koleksi CD The Beatles, ‘keyboard’, sepersalinan lelaki jenama Zegna, kelengkapan sembahyang, bunga rampai dan sirih junjung.

Dalam Majlis yang penuh gilang-gemilang nie wang hantaran dirahsiakan dan Lisa telah menerima sebentuk cincin dan seutas rantai leher platinum manakala Yusry menerima sebentuk cincin tanda kasih dari Lisa.

Kredit Tanpa Prejudis! Blog BlissCandid | FB BlissCandid

Hantaran pengantin lelaki
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Mas Kahwin ( seutas rantai platinum)
4) Wang Hantaran (jumlahnya dirahsiakan)
5) Kelengkapan Solat
6) Manisan Kristal
7) Kek berperisa vanilla

Hantaran pengantin perempuan
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Kelengkapan Solat
4) Koleksi Cakera Padat Kumpulan The Beatles
5) Alat muzik Keyboard (dipersembahan dalam bentuk bingkai gambar)
6) Kelengkapan pakaian lelaki
7) Coklat
8) Bunga rampai

Hosting Percuma Di Muaturun.MY

Ismail Saad
February 4, 2019

Hosting Percuma Di Muaturun.MY

Cabaran ini berlansung bermula : 05/02/2010 hingga 05/04/2010 ( Dua Bulan )

Syarat-syarat Cabaran Muaturun.My:

1. Anda Perlu Join Facebook Fan Muaturun.My Club di Muaturun.My

2. Buat Post Di Blog Anda Mengenai Muaturun.My

3. Post Anda Mengenai Muaturun.My hendaklah di Link kan ke dalam Facebook ANDA.

4. Reply tread ini dengan meletakkan link post yang telah anda buat mengenai Muaturun.My

5. Letakkan Banner Muaturun.My di Blog Anda. ( Akan Di Update Nanti )

6. Posting yang dibuat mestilah sticky selama Cabaran ini berlangsung.

Dan Pemenang adalah berdasarkan KOMEN yang paling banyak diperoleh di Posting Tersebut… TETAPI… KOMEN yang dikira adalah hanya komen yang berkualiti.. BUKAN komen yang sekadar melepaskan batuk ditangga atau spam..

HADIAH YANG DI TAWARKAN :

Tempat Pertama : Hosting Selama Setahun Beserta Domain TLD ( com/org/net ) + Baju T-Shirt Muaturun.My

Tempat Kedua : Hosting Tanpa Domain Selama Setahun + Baju T-Shirt Muaturun.My

hosting provider yang di tawarkan : http://www.shinjiru.com.my/

Tempat Pertama Standard Pakage
Tempat Kedua Mini Pakage

Tempat Ketiga Hingga Kelima : Baju T-Shirt Muaturun.My

p/s : Design T-Shirt Akan Di Update Minggu Hadapan…

Anak Bienda, Lavienda Namiraz Yang Comel

Ismail Saad
April 20, 2018

Anak Bienda, Lavienda Namiraz Yang Comel

Penyanyi Bienda telah selamat melahirkan seorang puteri pada 26 Februari lalu tapi belum mendedahkan gambar anaknya yang comel ini. Bienda hanya memaklumkan nama cahaya matanya Lavienda Namiraz yang diilham daripada sebuah telenovela.

Bienda yang juga anak kepada penyanyi dangdut Sheeda selamat melahirkan bayi seberat 2.95 kilogram itu menerusi pembedahan di sebuah hospital swasta pada 26 Februari lalu. Memang comel Gambar Anak Bienda nie kan? Semoga kehadiran Lavienda Namiraz dalam hidup keluarga Bienda bertambah ceria yew!

Anak Mawi dan Ekin Secomel Namanya Cahaya Malaika

Ismail Saad
April 1, 2018

Anak Mawi dan Ekin Secomel Namanya Cahaya Malaika

Mawi dan Ekin telah menerima cahaya mata pada 28hb Februari yang lalu dengan bersalin secara normal di Pusat Perubatan An-Nur, Bangi Selangor. Sebelum ini, mereka berdua belum mendedahkan lagi gambar anak mereka berdua.

Pada hari ini, Mawi dan Ekin telah mendedahkan gambar bayi mereka yang comel dengan berat 2.8kg. Bayi yang dinamakan Cahaya Malaika yang lahir pada pukul 4 pagi, Selasa lalu itu kelihatan sihat dan comel sekali. 

“Saya amat bersyukur kepada Allah dengan kelahiran ini. Jujurnya saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata yang pertama ini. Debaran saya terbalas apabila mendakap anak buat kali yang pertama. Saya amat tenang sekali melihat wajah anak saya ini,” – Mawi.

Mawi bakal dipanggil sebagai ‘Abi’ manakala Ekin akan dipanggil sebagai ‘Umi’ oleh anak mereka berdua ini.

GOSIP MEOW! Tahniah Mawi dan Ekin yang menunggu hampir 3 tahun untuk menimang cahaya mata… :)

Fasha Sandha Umum Tarikh Kahwin Tahun Ini

Ismail Saad
March 6, 2018

Fasha Sandha Umum Tarikh Kahwin Tahun Ini

Wah! Fasha Sandha nak kahwin dah! Tahniah Fasha yang bakal melangsungkan dengan bakal suaminya, Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Fasha mengaku sendiri dengan tersebarnya gambar-gambar beliau mencari pakaian untuk pengantin dan gambar menghadiri kursus perkahwinan bersama Jejai.

KUALA LUMPUR 10 MAC 2019. Pelakon, Fasha Sandha dan Aidil Aziz pada sesi ujibakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 di Sri Pentas, Bandar Utama. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” – Fasha Sandha.

Fasha juga mendedahkan tarikh perkahwinan beliau dengan Jejai yang bakal berlangsung dalam tahun ini jugak tapi tidak memberi tarikh yang tepat kepada phak media.

Kita tunggu jer’lah pengumuman Tarikh Perkahwinan Fasha Sandha dengan Jejai nie nanti…

Ahmad Idham Kesal Dengan Kenyataan Khairy Jamaluddin Di Twitter

Ismail Saad
March 5, 2018

Ahmad Idham Kesal Dengan Kenyataan Khairy Jamaluddin Di Twitter

Kalau sebelum nie, pengarah filem yang terkenal, Ahmad Idham dikecam hebat apabila Filem Hantu Bonceng didakwa menghina Islam. Tapi Gosip Ahmad Idham kali nie berbeza pulak, apabila berkecil hati kononnya dengan kenyataan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin di Twitter.

Khairy memberi pandangan ikhlas beliau mengenai filem Bunohan selepas sahaja menyaksian Tayangan Perdana Filem Bunohan melalui laman sosial Twitter beliau yang memuji filem Bunohan adalah yang terbaik antara filem ber’genre seram termasuklah Filem Hantu Bonceng terkena tempiasnya. 

“Saya sebenarnya tergamam apabila dia (Khairy Jamaluddin) membandingkan filem arahan saya itu dengan Bunohan — seolah olah memperlekehkan Hantu Bonceng dan tenaga kerja juga mereka yang meminati filem ini,” ujar Ahmad Idham yang kini sibuk dengan persiapan teater Gerimis Mengundang.

“Kalau kenyataan itu keluar dari orang kebanyakkan, saya tiada masalah tetapi ini keluar dari seorang pemimpin — adakah penilaian saya selama ini terhadap beliau salah — dan kenyataan sebegini boleh melagakan saya dengan produksi filem Bunohan,” tambah beliau lagi.

Ahmad Idham berkata lagi yang beliau harus ke’hadapan dalam isu ini untuk memberikan fakta sebenar kepada Khairy Jamaluddin yang tidak semua rakyat Malaysia mempunyai selera sama seperti beliau. – petikan dari blog RotiKaya

Kredit Gambar Tanpa Prejudis! RotiKaya

GOSIP MEOW! Walaupun dia nie Ahli Politik, tak’kan tak boleh bagi pandangan ikhlas kot? Hehehe… Secara tak langsung Ahmad Idham membantu mempromosi Filem Bunohan yang bakal ditayangkan pada 8hb Mac ini… Ahaks!