Anak Mawi dan Ekin Secomel Namanya Cahaya Malaika

Ismail Saad
April 1, 2018

Anak Mawi dan Ekin Secomel Namanya Cahaya Malaika

Mawi dan Ekin telah menerima cahaya mata pada 28hb Februari yang lalu dengan bersalin secara normal di Pusat Perubatan An-Nur, Bangi Selangor. Sebelum ini, mereka berdua belum mendedahkan lagi gambar anak mereka berdua.

Pada hari ini, Mawi dan Ekin telah mendedahkan gambar bayi mereka yang comel dengan berat 2.8kg. Bayi yang dinamakan Cahaya Malaika yang lahir pada pukul 4 pagi, Selasa lalu itu kelihatan sihat dan comel sekali. 

“Saya amat bersyukur kepada Allah dengan kelahiran ini. Jujurnya saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata yang pertama ini. Debaran saya terbalas apabila mendakap anak buat kali yang pertama. Saya amat tenang sekali melihat wajah anak saya ini,” – Mawi.

Mawi bakal dipanggil sebagai ‘Abi’ manakala Ekin akan dipanggil sebagai ‘Umi’ oleh anak mereka berdua ini.

GOSIP MEOW! Tahniah Mawi dan Ekin yang menunggu hampir 3 tahun untuk menimang cahaya mata… :)

Comments are closed !